Monday, August 16, 2010

Storyline - To The Moon

Pada suatu malam, si Pungguk memerhati tepat ke arah bulan cantik dan mengambang dengan penuh perasaan dan kerinduan, dalam hatinya berasa teramat sangat untuk pergi ke bulan kerana bulan sering dikaitkan sesuatu atau tempat yang indah. Mulai saat itu, Si Pungguk terfikir untuk ke bulan, dia menunggu malam menjelma siang kerana ingin mulakan perjalanan ke bulan.

Siang menjelma, Pungguk bersiap-siap lalu terbang tinggi ke angkasa sambil diperhatikan 3 ekor cacing. 3 ekor cacing tersebut memerhatikan Si Pungguk terbang tinggi dengan menggunakan teropong. Tiba-tiba mereka bertiga melihat Si Pungguk dilanggar sebuah objek besar di udara, objek besar tersebut adalah sebuah kapal terbang. Ketiga-tiga cacing tadi berasa geli hati dan ketawakan Si Pungguk.

Kini kepala Si Pungguk berbalut dengan kain bandage dan Si Pungguk sedar bahawa dia tidak boleh terbang begitu tinggi lalu dia memikirkan cara bagaimana untuk ke bulan. Dia mendapat idea, idea tersebut adalah membuat tangga yang panjang. Ketiga-tiga ekor cacing melihat Si Pungguk membuat tangga sambil mereka bertiga membuat aktiviti masing-masing seperti main chess dan baca surat khabar. Masa berlalu dengan pantas dan Si Pungguk telah menyiapkan tangga tersebut. Pungguk mendirikan tangga tersebut sambil diperhatikan oleh ketiga-tiga ekor cacing, Pungguk dan ketiga-tiga ekor cacing mendongak dan melihat tangga yang mencecah langit dengan perasaan yang teruja. Si Pungguk memanjat tangga tersebut dan sesampainya diseparuh perjalanan, tangga yang dipanjatnya mulai serong dan jatuh, ketiga-tiga cacing itu menggelakkannya. Tanpa disangka, tangga yang jatuh itu menghempap ketiga-tiga cacing yang sedang seronok ketawa. Ke semua cacing terhempap dan mereka terdiam.

Kini Si Pungguk dan ketiga-tiga ekor cacing berbalut dengan bandage. Si Pungguk cuba mencari jalan lain untuk ke bulan. Si Pungguk mengeluarkan sebuah buku dari dalam lubang pokok di mana tempat tiga ekor cacing itu tinggal, Si Pungguk membaca sebuah buku untuk mengetahui cara bagaimana untuk ke atas langit. Si Pungguk membaca buku ‘ Jack And The Beans Talk’ lalu dia mendapat idea. Pungguk mendapatkan beberapa biji benih kacang, dia menanam benih tersebut dan menyiramnya. Hari pertama kelihatan tunas kecil tumbuh, hari kedua kelihatan batang putih dan dua helai daun kecil tumbuh, hari ketiga jadilah taugeh. Tiga ekor cacing yang berada disitu terus menggelakkan si Pungguk. Si Pungguk berasa geram lalu memijak-mijak taugeh tersebut.

Si Pungguk mencari lagi idea untuk merealisasikan impiannya untuk memiliki kehidupan yang indah di bulan. Si Pungguk dan kesemua cacing terlihat sebuah rancangan di televisyen dari sebuah runah berdekatan yang menyiarkan seorang angkasawan akan berlepas ke bulan dengan menaiki sebuah kapal angkasa esok. Mereka berempat berasa hendak ke bulan tersebut.

Walaupun tiga ekor cacing itu suka menggelakkan Si Pungguk, tetapi Si Pungguk sudi membawa mereka bertiga pergi bersama. Dengan segera Pungguk membawa mereka semua bersama ke tempat pelepasan kapal angaksa lalu menyelinap masuk ke dalam nya. Di dalam kapal angakasa, Si Pungguk menyorok di suatu sudut untuk menyembunyikan kehadiran mereka daripada angkasawan.

Dalam perjalan, mereka terlihat pemandangan angkasa dan bulan yang indah melalui tingkap. Mereka berasa tidak sabar untuk tiba ke bulan.

Tibanya di bulan, dengan pantas Si Pungguk terbang keluar dari kapal angkasa dan melihat pemandangan persekitaran di bulan. Apa yang dilihat mereka adalah kosong, tanah lapang berwarna kelabu dan tiada apa-apa. Beberapa minit kemudian, riwayat hidup mereka berempat tamat di situ kerana tiada oksigen.

1